Warisan Kampung

Ini merupakan rumah tradisional yang paling terawal dan lama
yang masih utuh berdiri di Kg Gersik yang berusia hampir 100 tahun.
Rumah ini sehingga sekarang masih didiami oleh 3 generasi bermula dari generasi nenek moyang mereka.
Warisan Kampung


Rumah warisan kedua yang terdapat di Kampung Gersik merupakan rumah milik penghulu pertama di Kampung Gersik.
Rumah tersebut dibina pada tahun 1960. Kini, rumah warisan tersebut dimiliki oleh Datuk Menteri Abang Haji Zain.
Terdapat sebuah bulatan (roundabout) di kawasan Petra Jaya yang dinamakan Bulatan Datuk Menteri Abang Haji Zain,
dinamakan sedemikian sempena pemilik rumah rumah warisan tersebut.
Penghulu Abang Haji Ben Chomel merupakan penghulu pertama Kampung Gersik pada awal tahun 1960-an.
Gersik D.C SCHOOL
Telah dibuka pada 13 Oktober 1963 di mana dirasmikan oleh Ketua Menteri pada ketika itu iaitu Datuk Menteri Abang Haji Zain.
Nama Gersik D.C School pada hari ini telah ditukarkan pada Sekolah Kebangsaan Kg Gersik.

Ketibaan VIP pada hari pembukaan sekolah

Ucapan perasmian Datuk Menteri Abang Haji Zain

Antara penduduk yang hadir pada hari perasmian pembukaan sekolah.

Upacara kemuncak perasmian sekolah dirasmikan oleh Datuk Menteri Abang Haji Zain.

Para ibu bapa yang hadir pada hari pembukaan sekolah yang melawat sekitar kawasan sekolah
GAMBAR TERKINI GERSIK D.C SCHOOL.

Bangunan utama Gersik D.C School di bahagian depan dewan.

Gambar terkini keadaan sekolah setelah ditutup yang kelihatan usang setelah ditutup