Kampung Gersik

Kampung Warisan

Service Learning

Service Learning merupakan sebuah pembelajaran berasaskan pengalaman di mana ia melibatkan tindakan dan refleksi pelajar yang sentiasa berulang dalam mengenal pasti masalah kehidupan sekitar komuniti. Ia turut dijadikan tempat bagi pelajar untuk bekerjasama antara komuniti bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi. Program ini akan mendorong pelajar untuk menggunakan kemahiran yang telah mereka peroleh di univeriti dalam mebantu menyelesaikan masalah yang dihadapi komuniti. Pada masa yang sama mereka dapat menambah pengetahuan yang baru dan peroleh pengalaman yang berharga dari komuniti, di mana mereka mungkin tidak dapat semasa belajar.

Program ini juga mendatangkan kebaikan kepada komuniti antaranya ia dapat mengeratkan jurang dengan universiti amnya dan dengan khususnya membentuk sebuah penyelesaian sesuatu masalah bersama-sama pelajar dengan kemahiran sedia ada dan mengasah kemahiran melalui perkongsian ilmu dari kalangan pelajar.

Seramai sepuluh pelajar tahun akhir dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah terpilih untuk berkolaborasi dengan penduduk Kampung Gersik dalam merekabentuk dan membangunkan sebuah portal web bagi Kampung Gersik di bawah program Service Learning. Portal web ini dibangunkan dengan harapan peryebaran maklumat mengenai Kampung Gersik dan aktiviti dari komuniti ini sampai kepada orang awam.

Kumpulan pelajar ini adalah dibawah penyeliaan Dr. Nadianatra binti Musa (UNIMAS) dan Ketua Kampung, En. Jaafar bin Abong.

Senarai Pelahjar Bagi Program Service Learning:

Semester 1, Session 2018/2019

1. Amirul fahmi Bin Mohamad, Network Computing

2. Aniq Bin Zulkarnain Shah, Network Computing

3. Ahmad Syafiq Bin Che Zulkifley, Network Computing

4. Arif Ahamed, Information System

5. MD Minhazul Arifin, Information System

6. Nur Asma Binti Hasan, Network Computing

7. Nur Farzana Binti Roslan, Network Computing

8. Siti Ainiza Binti Abdul Malix, Network Computing

9. Siti Nor Aisyah Binti Haris Fadzillah, Network Computing

10. Viknes Rao A/L Vigayan, Network Computing