Kampung Gersik

Kampung Warisan


Sejarah Kampung Gersik

Penempatan awal di Kg Gersik tergolong daripada orang Melayu yang datang dari Indonesia pada tahun sekitar 1800-an. Mereka datangnya dari laut menggunakan bot dan kapal dari kepulauan Boyan, Gresik dan Surabaya dan dirujuk sebagai orang Laut kerana asalnya dari laut dan tinggal di kawasan muara sungai. Ketika mereka mendarat di muara sungai Kuching, mereka dibahagikan mengikut tempat asal mereka datang seperti Gresik, Boyan dan Surabaya dan nama kampung diambil bersempena dari mana mereka berhijrah dan mereka membawa pelbagai jenis barang dagangan yang seperti rempah ratus dan sebagainya. Nama nama kampung di atas sehingga kini masih wujud di Indonesia dan menjadi bukti asal usul kedatangan mereka.

Mereka pada awalnya membina pondok pondok kecil untuk sebagai tempat tinggal mereka yang diperbuat daripada buluh dan nibong ataupun nama spesifiknya Oncosperma Tigillarium yang mudah didapati di kawasan muara sungai.


Illustrasi kawasan sungai Sarawak pada zaman dahulu.

Gambar keadaan Kampung Gersik pada sekitar tahun 1960 an.

Jambatan yang menghubungkan penduduk Kg Gersik dan Kg Surabaya pada tahun sekitar 1960 an.