Kampung Gersik

Kampung Warisan

Latar Belakang Kampung Gersik

Peta Lokasi Kampung Gersik

Petra Jaya terletak di Bandar Kuching Sarawak sangat terkenal dengan keunikan kaum Melayu dari segi adat tradisi dan budaya yang terletak di seberang sungai Kuching. Di sinilah di mana kebanyakan kampung Melayu terletak dan antara kampung yang ada ialah, from Kg Gita, Kg Sinjan, Kg Lintang, Kg Astana, Kg Tupong, Kg Pulo, Kg Surabaya, Kg Boyan dan lain lain. Menurut kepada sejarah lama negeri Sarawak, pada suatu ketika dahulu Petra Jaya dikenali sebagai “Seberang Sungei” yang merujuk kepada lokasinya yang terletak di seberang sungai dari bandar Kuching. Kewujudan kampung Melayu dikatakan bermula sejak dari Sarawak di bawah pemerintahan dinasti Brunei di kala dahulu. Kawasan ini merupakan tapak sejarah penting, kerana suatu ketika dahulu di bawah pemerintahan James Brooke kerana di sinilah terletaknya Fort Magherita atau Rajah James Brooke dan Astana yang dibina oleh James Brooke ketika pemerintahanya. Pada tahun 1970, akhirnya “Seberang Sungei” ditukar kepada Petra Jaya bersempena Tuan Yang Dipertuan Agung pada ketika itu iaitu Tuanku Yahya Petra, Sultan Kelantan.

Kg Gersik merupakan salah sebuah kampung yang terletak di dalam Petra Jaya dan terletak betul betul berhadapan dengan Waterfront Kuching. Kg Gersik terletak di tengah tengah antara Kg Surabaya dan Kg Boyan. Kampung ini sangat terkenal dengan perniagaan kek lapis dan ikan terubuk masin yang menjadi nadi utama dan penggerak ekonomi kepada kampung ini. Perniagaan kek lapis dan ikan terubuk masin mampu menjadikan Kg Gersik sebagai tempat yang harus dilawati sekiranya anda di Kuching yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara.


Permandangan dari Kampung Gersik menghadap Kuching Waterfront