Kampung Gersik

A Heritage Kampung

Kelab-kelab sukan di Kampung Gersik

Ada tiga kelab sukan di Kampung Gersik.
-BGS Sport Club
-Kelab Gersik Setiajaya
-Jokes FC

BGS Sports club merupakan kelab bole sepak untuk orang kampung BGS.

Kelab Gersik Setiajaya fokus kepada sukan Sepak Takraw.

Jokes FC pula fokus kepada sukan futsal



Sepak Takraw

Profil Kg Gersik

Sebuah kelab yang dianjurkan kelab sepak takraw Setia Jaya pada tahun 1950-1960. Pasukan ini amat dikenali sampai zaman sekarang di sini. Pasukan takraw ini telah berlawan dengan banyak pasukan lain termasuk dengan pasukan luar Negara iaitu Indonesia. Pasukan ini juga dianjurkan sebelum semenanjung di gabungkan dengan Malaysia. Gelanggang ini diletakkan di depan rumah Cik Nan yang selalu dimain oleh pasukan takraw. Kanak-kanak juga tidak dibiarkan kerana mereka bermain bola sepak takraw ini di tepi gelanggang ini. Mereka mengunakan stiker untuk memenangkan permainan ini setiap stiker akan mengunakan cara mailo supaya bola itu ditendang laju sepak takraw ini digelarkan sebagai sepak raga jaring yang bolanya kecil daripada sepak takraw sekarang.

Selain itu juga terdapat beberapa permainan masyarakat yang dianjurkan di Kampung Gersik ini antaranya buah tongko di mana ia dimain oleh kanak-kanak dengan melukis sebuah petak dan membalingkan buah tongko itu dan memanstikan ianya berada di dalam petak tersebut. Jika didapati luar daripada petak tersebut pemain dianggap kalah daripada permainan. Permainan ini dimainkan dengan mengunakan duit 1 sen yang berbentuk petak.


Kelab Budaya

Profil Kg Gersik

Parti Keroncong merupakan sebuah kelab budaya yang ditubuhkan di kampung ini sebagai salah satu tempat untuk anak-anak muda dan golongan dewasa yang berbakat dalam seni budaya mahupun musik untuk dipamerkan kepada penduduk kampung dan juga bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk di sini.